Friday, May 22, 2015

GOUT ~


Penyakit Gout atau Arthritis selalunya menyerang sendi-sendi anggota badan terutamanya kaki, tangan ,lutut dan sebagainya. 

Gout juga sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan .

>  Asid Urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. 
> Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing ( Urin )
> Bagi penghidap Gout , asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. 
> Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia ,sejak zaman dahulu kala lagi. 
> Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratkan dan kecacatan ,kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan ,gout boleh dikawal.
> Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hinggan 60 tahun .
> Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. 





TANDA-TANDA GOUT : 

- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. 
- Ibu jari kaki menjadi merah , panas, bengkak dan tersangat sakit.
- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba , kerap kali semalaman.
- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan
- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari atau sekurang-kurangnya 1 - 2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. 
- Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali , lutut , pergelangan tangan dan jari.



KOMPLIKASI : 

- Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan yang dipanggil 'tophi'

- Dalam saluran unirani ( air kencing ) , ia boleh berkumpul membentuk ' batu karang '

- Penghidap Gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain 
* Kegemukan
* Darah Tinggi
*Hiperlipidemia
*Diabetes 

Rawatan Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya .

* Rehatkan sendi semasa serangan gout

*Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat , kesan sampingan jarang berlaku. 

* Ubatan lain seperti Colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan , ia boleh menyebabkan loya , muntah dan cirit birit . ( Peringatan : Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor. )

* Steroid ( Peringatan : Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor. ) 

* Senantiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat. 



RAWATAN JANGKA PANJANG : 

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan , anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik seperti : 

= Menjaga berat badan - Kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.

= Mengelakkan minuman keras/alcohol 

= Pemakanan - Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi.

= Sesetengah daging binatang , makanan laut , kekacang mengandungi purin yang tinggi .Pemakanan di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin .

ELAKKAN MAKAN DAN KURANGKAN MAKAN :

1. Organ dalaman seperti hati , paru-paru , ginjal dan otak .
2. Ikan bilis ,Kembung dan Sardin 
3. Daging cincang
4. Ekstrak daging , ragi ( seperti marmite ) ,dan kiub rebusan daging.
5. Makanan bercengkerang seperti ketam , udang dan kerang .
6. Asparagus , bunga kubis , Cendawan dan Bayam
7. Peanuts , Lentil , Beans dan Peas 
8. Poultry 
9. Roti ,Jagung dan Bijirin Pencegahan.

NASIHAT PAKAR PERUBATAN :

- Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal. 
- Amalkan cara hidup yang sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit- penyakit yang berhubungkait dengan gout.
- Apabila mengambil Allopurinol , ianya perlu diambil secara berterusan.
- Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout .
- Minum banyak air. 

No comments:

Post a Comment