Friday, May 22, 2015

Buasir

Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur.
Apabila Vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya 
membengkak, terasa sakit , perit , gatal dan berdarah .



Buasir juga terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektrum, yang 
menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol . 
Kadangkala ianya boleh pecah. Buasir ni ada dua jenis buasir iaitu buasir dalaman dan buasir luaran . 




Buasir Dalaman : 

Buasir dalaman  ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektrum.
Buasir dalam tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa buang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah . ANDA akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas .Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan ,kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektrum.

Buasir Luaran :

Buasir Luaran yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih ,dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit ( bekalan darah akan terputus ) , bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah menyebabkan buasir luaran ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabibila sahaja salur darah vena rektrum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya. 

PENYEBAB UTAMANYA : 

1. Sentiasa duduk
2. Meneran ( ketika najis keras atau sembelit )
3. Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
4. Batuk yang teruk
5. Bersalin
6. Mengangkat berat 


PENCEGAHAN :

Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir.
Amalkan petua-petua berikut : 

1. Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk , sekali sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam .Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektrum.

2. Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.

3. Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk , cirit birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah in berpanjangan. Jadikan sebagai satu peraturan : ! Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas . Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghidari diri dari buasir , amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera . Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan . 




No comments:

Post a Comment