Thursday, November 7, 2013

TANDA-TANDA MENGALAMI FIBROID :-

Cam mana nak tahu ya  kalau individu tu mengalami FIBROID ??? Mary baru ja baca 1 blog ni , kredit dekat nurulaziyana.blogspot

Nak nasihat kat uollss ,kena rajin2 buat body check up tau !! Mary pun sama juga kena buat body check up sebulan sekali gitu !! hehehe .. ok ,jangan buang masa lagi , Mari kita lihat tanda2 fibroid Kita !!! 


TANDA-TANDA MENGALAMI FIBROID :-

“As salammu alaikum. Doktor, saya berumur 34 tahun dan baru berkahwin. Sebelum ini saya mengalami masalah senggugut yang agak kuat, sehingga terpaksa mengambil MC untuk berehat di rumah. Adakah saya mengalami masalah fibroid? Terima kasih”

Tidak semua wanita yang mempunyai masalah fibroid menunjukkan tanda-tanda mereka mengalami fibroid.

Wanita yang mengalami fibroid juga menunjukkan tanda-tanda yang berbeza berbanding dengan wanita yang lain. Ada wanita yang menunjukkan tanda-tanda yang kuat dan ada wanita yang menunjukkan tanda-tanda yang sederhana.

Secara amnya, antara wanita yang mungkin mengalami fibroid ialah:

1. Wanita yang berumur antara 30 hingga 50 tahun.

2. Wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berpanjangan ketika kedatangan haid.

3. Wanita yang mengalami pendarahan pada masa sebelum hari yang sepatutnya kedatangan haid.

4. Wanita yang mengalami senggugut yang teruk.

5. Wanita yang mengalami sakit dalam perut semasa melakukan hubungan intim dengan suami

6. Wanita yang mengalami perut yang buncit, rasa tidak selesa pada abdomen atau rasa sakit kejang pada abdomen bawah.

7. Wanita yang mengalami sembelit (akibat tekanan fibroid pada saluran najis) dan rasa kerap buang air kecil (akibat tekanan pada pundi kencing).

8. Wanita yang sering mengalami keguguran dan mengalami masalah sukar untuk hamil.

Namun begitu, tanda-tanda di atas bukanlah tanda yang pasti seorang wanita mengalami fibroid.

Pemeriksaan yang lebih lengkap seperti pemeriksaan ultrasound dan CT scan abdomen dapat memberikan diagnose yang lebih tepat.

Mary menasihatkan puan agar menjalani pemeriksaan doctor agar masalah puan dapat didiagnosa dengan lebih awal. 


Sharing is Caring ... Love yourself before love others !!

No comments:

Post a Comment