- KANSER KOLON-
Kanser Kolon merupakan kanser yang terdapat di dalam usus besar ( kolon ) iaitu bahagian bawah sistem pencernaan anda . Kanser rektal pula terdapat di 8 hingga 10 inci terakhir kolon.Apabila kedua-duanya bergabung , ia dikaitkan dengan kanser kolorektal dan menjadi punca kedua kematian yang melibatkan kanser di Malaysia terutamanya KAUM LELAKI.
Simptom- simptom -
Kebanyakan pesakit kanser kolorektal , anda mungkin tidak mempunyai sebarang simptom di tahap awal penyakit ini . Simptom -simptom berbeza bergantung saiz kanser dan kedudukannya di dalam usus besar . Dalam beberapa kes , simptom-simptom ini mungkin terjadi bukan disebabkan kanser tetapi penyakit usus radang , sindrom usus rengsa dan kadang-kala divertikulitis .
Berjumpalah doktor sekiranya :
1. Perubahan di dalam tabiat usus termasuk diarea/cirit- birit atau sembelit atau perubahan tabiat membuang air besar anda buat beberapa minggu
2. Najis yang " sempit "
3. Perdarahan rektal atau najis berdarah rasa tidak selesa pada abdomen yang yang berterusan seperti kekejangan , angin atau rasa sakit .
4. Abdomen sakit apabila membuang air besar
5. Rasa seperti usus tidak dikosongkan sepenuhnya
6. Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya .
Faktor - faktor RISIKO :
- Kanser kolon dan rektal boleh merebak tanpa mengira usia , dan tiada siapa yang terlalu mudah untuk mendapat kanser kolorektal . Kira-kira 90 peratus pesakit berusia lebih 50 tahun.
- Jika anda pernah mempunyai kanser kolorektal atau adenoma polipus , anda lebih berisiko lebih tinggi untuk menghidap kanser kolorektal pada masa yang akan datang.
- Kebarangkalian anda menghadapi kanser kolotekral adalah tinggi sekiranya ahli keluarga anda mempunyai penyakit tersebut .
- Kanser kolon dan rektal mungkin dikaitkan dengan diet yang rendah fibernya dan dan tinggi dalam lemak dan kalori .
- Apabila anda tidak aktif , sisa-sisa buangan akan berada di dalam kolon anda dengan lebih lama. Dengan melakukan aktiviti fizikal secara teratur akan mengurangkan risiko kanser merebak.
- Pesakit diabetes mempunyai sehingga 40 peratus risiko kanser kolorektal.
- Terdapat lebih 1 : 10 penyakit kanser kolorektal yang mengakibatkan maut berpunca daripada merokok . Jika anda pernah didiagnosis dengan kanser kolorektal , perokok mempunyai 30 hingga 40 peratus risiko untuk meninggal dunia disebabkan penyakit yang mendatangkan maut ini.
- Terlalu banyak mengambil alkohol.
AWAS JIKA NAJIS MERAH !
DAPATKAN NASIHAT PERUBATAN ..
No comments:
Post a Comment