Tuesday, November 25, 2014

TIPS MINUM AIR SEBANYAK 3 LITER SEHARI ?




Tips Minum Air Sebanyak 3 liter Sehari : 

1. Minum air pada kadar yang sedikit tetapi kerap

2. Jangan gelojoh ketika minum sebaliknya minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan-lahan. Ini akan mengelakkan kita merasa kembung berbanding jika kita minum dengan banyak sekali gus. 

3. Amalkan untuk meletakkan bekas air di seluruh pelusuk rumah. Jadi apabila anda melalui bahagian rumah tersebut contoh ruang tamu, anda boleh berhenti seketika untuk minum air tersebut tanpa perlu ke dapur

4. Letakkan satu bekas air di sebelah katil anda bagi memudahkan anda untuk minum jika terjaga di tengah malam atau ketika bangun untuk mengepam

5. Bagi ibu menyusu, amalkan untuk minum segelas air suam sebelum dan selepas mengepam bagi mengelakkan dehidrasi

6. Amalkan juga untuk meminum air selepas selesai ke tandas

7. Bagi memastikan pengambilan air dalam sehari adalah mencukupi, ukur amaun air yang telah diambil. Cara mudah adalah dengan menggunakan botol air mineral 500ml sebagai sukatan

8. Letakkan sasaran sebagai contoh jika anda bekerja, usaha untuk habiskan 1 liter air di antara waktu mula bekerja sehingga tengahari dan 1 liter lagi di antara selepas rehat tengahari sehingga ke petang. Anda boleh bahagikan pengambilan air iaitu anda iaitu minum 250ml bagi setiap jam. Dalam tempoh masa 4 jam dari 8.00 pagi sehingga 12 tengahari, anda sudah berjaya menghabiskan 1 liter air.

No comments:

Post a Comment