Friday, June 5, 2015

Masalah Jeragat & Rawatan ~

Seteruk mana "JERAGAT " anda ??? 
Sebab apa jeragat makin melarat ??? 
Nak tahu punca Jeragat ?? 
Nak tahu cara penyelesaiannya ?? 

Jika ya , ANDA kena sambung baca yaaaaa ... 
Jangan malas untuk membaca dan sedut ilmu yaaaa ~ ^_^ 


Adakah MUKA anda dikelilingi JERAGAT ??? 


Rasa rendah diri bila berdepan dengan kawan ?? 

Mari Mary share info menarik pasal JERAGAT ini .
Masalah Jeragat dan Rawatan-nya :- 
Masalah Jeragat di kalangan Warga Asia Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia , khasnya.

 Di Asia tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi. Kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebihkurang 12:1 ( Wanita: Lelaki). Nisbah ini berbeza-beza dari satu Negara ke Negara yang lain .

 Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25- 50 tahun. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal.

 Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus . Hori’s Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. 

Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. Oleh itu, Hori’s Naevus dan melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. 

Keadaan ini akan mengecewakan pesakit yang mendapat rawatan untuk melasma kerana kekadang akan berlaku keadaan dimana melasma hilang dengan rawatan tetapi Hori’s Naevus semakin jelas kelihatan. Ini adalah kerana sebelum ini ia dilindungi oleh melasma tetapi bila melasma telah tiada, tompokan hitam Hori’s Naevus akan kelihatan jelas.
 Perbezaan Hori’s Naevus dengan melasma akan dapat diketahui oleh doctor anda.

Sebab-sebab terjadinya melasma ( Jeragat ) : -
1) Terdedah kepada cahaya matahari terik
2) Penggunaan hormone. Cthnya Pil perancang
3) Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai
4) Keturunan.

ini adalah cara-cara atasi nya dengan teknologi canggih & modern dan
 juga kos ya amat tinggi..
1) Penglupasan Kimia
-Ini melibatkan penggunaan larutan kimia untuk menghasilkan penglupasan kulit yang mengandungi lapisan melasma.
  Ianya agak berkesan untuk melasma tetapi harus diikuti dengan penjagaan kulit yang rapi. Hasilnya. Lebih kurang 50-70% melasma akan kurang. Ianya lebih sesuai untuk melasma epidermal
[ Kos – RM 450 – 600 (Penglupasan kimia sahaja, tidak termasuk rawatan lain) ]


2)Laser
Cara ini lebih berkesan untuk Hori’s Naevus dan Solar Lentigenes kerana gelombang laser boleh masuk lebih jauh kedalam. Rawatan ini juga sesuai untuk melasma dermal ( jeragat yang berada pada lapisan dalam kulit).
[ Kos- RM1000- 2000 ]

3)Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis.
Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.
[ Kos – RM 750 – 900 ( Untuk 6 kali rawatan) ]

4)Krim dan Sunblock
Ini merupakan rawatan susulan kepada 3 rawatan diatas. Tidak mencukupi untuk hanya menggunakan krim dan sunblock sahaja. Ianya mesti seiring dengan rawatan jeragat diatas.

MAHU RAWATAN YANG MURAH DAN 100% BERKESAN  ????????
KLIK POST : NAK ATASI MASALAH JERAGAT DENGAN 100% DIJAMIN BERKESAN ???

No comments:

Post a Comment