Wednesday, December 17, 2014

Tips Menjaga Kesihatan Jantung



☛ Rajin bersenam.

Manfaat sukan sangat banyak sekali untuk kesihatan. Selain membuat kita segar dan juga bersemangat, sukan juga sangat baik untuk menjaga kesihatan jantung kita. Sukan ringan seperti berbasikal dan juga jalan kaki merupakan salah satu sukan yang sangat dianjurkan kerana sukan jenis ini tidak memerlukan banyak tenaga dan tid
ak memberatkan kerja jantung khususnya bagi orang yang mempunyai penyakit jantung.

☛ Elakkan merokok.

Merokok memang dilihat dari sudut pandang mana-mana pasti mempunyai kesan buruk. Merokok juga mempunyai kesan yang sangat buruk untuk jantung anda. Di bungkusan rokok sudah tertulis jelas bahawa merokok boleh menyebabkan kanser serangan jantung dan gangguan kehamilan. Jadi untuk menjaga kesihatan jantung anda tidak ada pilihan lain selain elakkan merokok.

☛ Banyak mengambil buah-buahan.

Buah-buahan seperti buah oren, buah strawberi merupakan buah yang mengandungi tinggi antioksidan yang sangat baik untuk menjaga kesihatan jantung sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung.

☛ Elakkan makanan yang berlemak.

Makanan yang mengandungi tinggi lemak sangat tidak baik untuk kesihatn jantung kerana akan mencetuskan naiknya kolesterol. lemak tersebut juga akan terkumpul dalam badan kita terutama pada pembuluh darah yang mengganggu aliran darah ke jantung.

☛ Jaga kestabilan berat badan.

Obesiti merupakan salah satu pencetus pelbagai masalah kesihatan, banyak penyakit yang boleh disebabkan oleh obesiti seperti penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Oleh sebab itu untuk menjaga kesihatan jantung maka yang harus dilakukan adalah mempertahan kestabilan berat bdan ideal.

☛ Banyak mengambil air putih.

Manfaat minum air putih yang banyak sangat baik untuk kesihatan, dan salah satunya mencegah penyakit jantung. Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di American Journal of Epidemiology, bahawa risiko penyakit jantung dan kematian secara tiba-tiba boleh dicegah sekitar 41 peratus dengan cara mengambil lebih banyak air putih lebih dari 8 gelas setiap harinya.

☛ Ketawa.

Ketawa merupakan hal yang mungkin sering kita lakukan saat menonton komedi ataupun bergurau dengan teman, tapi tahukah anda bahawa dengan ketawa boleh menjaga kesihatan jantung? menurut sebuah kajian yang diterbitkan tahun 2006 di University of Maryland mendapati bahawa ketawa menyebabkan pembuluh darah membesar sebanyak 22 peratus. Dr Miller berkata: "Ketawa menyebabkan rangkaian yang membentuk lapisan dalam saluran darah anda menjadi lebih luas, sehingga membolehkan untuk peningkatan aliran darah dan mengurangkan tekanan darah".

☛ Mengambil buah anggur.

Buah Anggur khususnya yang berwarna merah mengandungi banyak sebatian yang diketahui boleh menjaga kesihatan jantung, termasuk di antaranya resveratrol. Zat ini mempunyai sifat antioksidan yang cukup kuat yang berfungsi untuk melindungi pembuluh darah di jantung serta membantu mencegah pembentukan darah beku.

☛ Banyak mengambil sayuran Hijau.

Menurut kajian yang dilakukan di Sweden lalu mendapati bahawa orang yang memakan sayur-sayuran yang berwarna hijau dapat mengurangkan risiko terkena penyakit jantung hingga 25 peratus. Hal ini diketahui setelah para penyelidik mengamati pengambilan antioksida pada pola makan sekitar 30,000 wanita di Sweden yang rata-rata berusia 49-83 tahun. Selain dapat menjaga kesihatan jantung sayur-sayuran juga sangat baik untuk pencegahan penyakit kencing manis.

☛ Dapatkan waktu tidur yang cukup.

Banyak bahaya yang dapat timbul akibat kekurangan waktu tidur ini dan salah satunya adalah mencetuskan serangan jantung, berbagai penyakit serius akan mengancam anda saat anda tidak cukup waktu tidur. Ketika anda tidak cukup masa untuk tidur, akan ada peningkatan tekanan darah, hormon tekanan, toleransi glukosa lebih rendah, dan peningkatan berat badan. Semua faktor tersebut boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.

No comments:

Post a Comment